Tuesday, 29 May 2018
IBADAH UMRAH : PRE INFORMATION
PANDUAN UMRAH
SYARAT WAJIB SAH HAJI/ UMRAH
Haji diwajibkan sekali sahaja seumur hidup, apabila memenuhi syarat:
• Islam
• Baligh dan berakal (Mukallaf).
• Merdeka
• Berkemampuan dan berkuasa.
Wanita mesti mendapat izin suami atau wali, dan ditemani oleh suami, mahram atau wanita yang dipercayai.
WAJIB UMRAH ialah perkara-perkara yang mesti dilaksanakan oleh jemaah umrah,
Ditinggalkan : Ibadah umrah tersebut masih sah tetapi dikenakan bayaran Dam.
Ditinggalkan dengan sengaja : Berdosa dan dikenakan Dam.
Ditinggalkan tidak sengaja : Tidak berdosa tetapi masih dikenakan Dam.
Perkara-perkara Wajib Umrah:
1. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.
2. Menjaga larangan ihram.
• Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini.
• Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.
Miqat bagi jemaah umrah dari Asia Tenggara (dengan kapal terbang):
• Qarnul Manaazil (Jemaah dari Malaysia) – Lebih kurang 94km dari Makkah atau lebih kurang satu jam perjalanan sebelum kapal terbang mendarat di Jeddah. Miqat ini untuk jemaah yang terus ke Makkah setelah mendarat di Jeddah.
• Bir Ali (disebut juga sebagai Zulhulaifah) – Lebih kurang 10km dari Bandar Madinah atau lebih kurang 450 km dari Makkah. Miqat untuk jemaah yang terus ke Madinah dan dari sana berniat ihram sebelum bergerak menuju Mekah. Untuk penduduk bandar Madinah juga
• Al-Juhfah – Lebih kurang 187km dari Makkah . Ia menjadi miqat untuk penduduk Syam (Syria), Mesir dan negara-negara lain dari arah yang sama. Zaatu ‘irqin – Lebih kurang 94 km dari Makkah. Miqat bagi penduduk Iraq.
PERKARA SUNAT SEBELUM BERIHRAM
Mengerat kuku
Mendandan misai dan rambut
Menanggalkan bulu-bulu ketiak, ari-ari dan sebagainya.
Mandi sunat ihram dengan niat "Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah SWT"
Mengambil wuduk
Memakai minyak rambut
Memakai kain ihram warna putih
Mendirikan solat sunat ihram ( di hotel )
RUKUN UMRAH 5 PERKARA
RUKUN HAJI RUKUN UMRAH
1. niat ihram haji 1. niat ihram umrah
2. wukuf -
3. tawaf 2. tawaf
4. saie 3. saie
5. bergunting/ bercukur 4. bergunting/ bercukur
6. tertib 5. tertib
1. Niat ihram umrah
Lafaz niat umrah:
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلّهِ تَعَالَى
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala.”
Dengan niat ihram, maka diharamkan ke atas mereka melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam masa ihram.
• Bagi wanita haid dan nifas dibolehkan berniat ihram. Ihram haji atau umrah, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda kepada Aisyah r.ha tentang haid. "Engkau buatlah apa sahaja yang dilakukan orang yang mengerjakan haji kecuali tawaf."
• Setelah itu bolehlah berniat ihram serta disunatkan memperbanyakkan Talbiah :
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ
" Labbaikallahumma Labbaik. Labbaika La Shareeka Laka Labbaik. Innal Hamda
Wannikmata Laka wal Mulka, La Shareeka Laka."
2. Tawaf
Mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syaratnya seperti berikut:
Berwuduk (suci daripada hadas besar dan kecil)
Menutup aurat
Suci badan, pakaian dan tempat tawaf dari najis
Bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad
Menjadikan Kaabah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan
Dilakukan di dalam Masjidil Haram dan di luar binaan Kaabah, Hijr Ismail dan Syazarwan
Tetap niat tawaf sepanjang tawaf
Cukup tujuh pusingan dengan yakin
Dalam isu batal wuduk semasa mengerjakan tawaf, maslahat jemaah haji dijamin, masyaqquh dan haraj mereka seperti kesesakan di tempat tawaf yang boleh menyebabkan berlaku persentuhan lelaki dan perempuan, ia dapat dihindarkan dengan beralih daripada pendapat Syafie yang masyhur dan berpegang kepada pendapat marjuh dalam Mazhab Syafie.
Jemaah haji boleh menggunakan pendapat yang menyatakan tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat. (Muzakarah Haji Kali 21. 5-7 Jun 2005)
Niat untuk tawaf haji atau umrah, tidak perlu niat kerana niat tawaf telah termasuk dalam niat ihram haji atau umrah. Jika jemaah hendak niat juga, tidak mengapa (“Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.” ).
• Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
• Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
• Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
• Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis. Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
• Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
• Mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah.
3. Saie
Saie ialah berulang alik di antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syarat sah.
Syarat sah saie ialah :
1. Dilakukan selepas tawaf rukun atau tawaf qudum
2. Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah
3. Cukup 7 kali dengan yakin dikira sekali dari Safa ke Marwah, sekali dari Marwah ke Safa
4. Hendaklah sampai ke penghujung tempat Saie di Safa dan Marwah
5. Saie di Battnuwadi (kawasan ditetapkan syarak untuk Saie)
6. Tiada niat lain yang memesongkan tujuan Saie
Dalam Muzakarah Haji Ke-25 telah menetapkan bahawa sah mengerjakan Saie di tempat saie yang telah diperbesarkan. Pelebaran itu telah dilaksanakan pada musim haji 1429H.
Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.
4. Bergunting/bercukur ( Tahallul )
Tahallul Bertahallul maknanya melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.
Bergunting atau bercukur ialah menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut di kepala dengan menurut syarat-syarat sahnya :
i. Telah masuk waktu (waktu bergunting/bercukur umrah ialah setelah selesai saie umrah)
ii. Rambut di kepala (bukan bulu)
iii. Tidak kurang daripada tiga helai rambut
• Dengan cara bergunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya.
• Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.
• Jemaah wanita : Perempuan yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
• Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.
5. Tertib
Melaksanakan rukun umrah satu persatu iaitu yang dahulu didahulukan.
Haji mesti di lakukan pada masa tertentu iaitu mulai daripada 1 Syawal hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah, manakala umrah boleh di kerjakan pada bila-bila masa.
13 LARANGAN SEMASA IHRAM
Kena hindari diri dari buat perkara-perkara yang 13 ni dari mula pasang niat ihram sampailah selesai bercukur (bertahallul). Bila dah bercukur maka kita dah berada dalam keadaan 'tahallul' iaitu 'bebas dari larangan' 13 tadi tu.
1. Pakai sarung tangan
2. Pakai bau-bauan atau minyak wangi (di badan atau pakaian)
3. Pakai minyak rambut, janggut atau semua bulu lain selain dari bulu di pipi dan dahi
4. Cabut (tanggalkan) rambut atau apa-apa bulu lain di badan
5. Kerat (atau potong) kuku
6. Kerat, potong, cabut atau tebang pokok di Tanah Haram
7. Buru (atau binasakan) binatang buruan (yang halal dimakan) di Tanah Haram
8. Lakukan pendahuluan persetubuhan (bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat)
9. Jimak (bersetubuh)
10. Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
• Tambahan untuk lelaki sahaja
11. Pakai pakaian bersarung, berjahit atau bercantum
12. Tutup kepala atau sebahagian darinya (seperti pakai topi)
• Tambahan untuk wanita sahaja
13. Tutup muka (macam pakai purdah)
SUNAT-SUNAT SELEPAS PASANG NIAT IHRAM
Niat ihram dibuat selepas keluar dari masjid di miqat dan sebelum naik bas. Mutawif akan ingatkan jemaah beberapa kali sebab dibimbangi ada yang lupa nak pasang niat.
1. baca talbiah selepas niat ihram sehingga start tawaf.
2. berdoa di setiap lokasi umrah (ada doa tu dalam buku panduan umrah)
3. kucup hajarul aswad atau kalau tak dapat, istilam (lambai-lambai tangan) sahaja pun mencukupi.
4. sembahyang sunat di belakang makam Ibrahim selepas selesai tawaf tujuh kali.
5. terus buat saie selepas tawaf.
6. minum air zam-zam lepas selesai tawaf tujuh pusingan
7. bercukur habis rambut tu selepas selesai saie.
PERKARA PERLU DIBAWA
Beg Plastik Rendam kain
Omo Beli kat Mekah sbb sana hard water, MAS pnya xssuai
Hanger
Jubah
Stokin
Gunting Selepas saie, tahallul
Botol spray Ambik wudhu
Cermin muka kecil Cek aurat tudung
Ubat-ubatan Batuk, strepsil, minyak kapak, panadol
Moisturizer/lip balm Udara panas, kering
Mug berpenutup Utk elak tumpah dalam lif sbb ramai org
Sunglasses Klu tpaksa solat luar masjid, pakai sebab tlalu panas
Bantal kecil TH x sediakan ( Mina dan Arafah)
Snek / lauk sampingan
Tuala kecil Sng bawa kemana2 dalam beg TH
Kasut Untuk wanita dinasihatkan memakai kasut semasa pergi melontar – utk elakan dipijak selipar dari belakang. Beli di Msia kasut Bata yg murah atau kasut kung fu berwarna hitam. Untuk lelaki, elok pakai sandal (selipar bertali)
Selipar di bilik air dan lebih penting semasa di Mina/Arafah untuk pergi ke bilik air
Disposable Panties – Lelaki/Wanita Beli banyak sedikit. 1 packet ada 6 helai. Bila ke Mina/Arafah elok bawa supaya tak perlu membasuh atau membawa pulang ke Mekah seluar dalam kotor. Sebelum membuang, bilas dahulu dan balut dengan plastik
Panty Liner/Facial Cotton Untuk dipakai sekiranya batuk terkencing. Sekiranya memakai facial cotton, lipat dua dan selitkan di faraj. Sekiranya batuk, seluar tak kotor.
Uncang untuk melontar untuk menyimpan batu melontar
Sejadah kecil singgah sembahyang di Masjid Quba’, Masjid Qiblatan dan juga di Jatranah, kerana carpet di sana kotor dan berdebu
Toiletry
Bekas untuk buah tangan dari Mekah Kurma, zam-zam
Kasut untuk melontar Beli kasut kain hitam yang murah (Bata ada jual) untuk dipakai semasa melontar. JANGAN PAKAI SELIPAR ATAU SANDAL BAGI JEMAAH WANITA. Ini untuk menggelakkan daripada dipijak tumit selipar/sandal dari belakang semasa melontar. Bagi JEMAAH LELAKI MESTI PAKAI SANDAL BERTALI DAN JANGAN PAKAI KASUT YANG BERTUTUP (KERANA MASIH DALAM IHRAM)
Beg Sandang Bawa beg ini setiap kali ke masjid dan juga ziarah. Barang-barang yang perlu dibawa ialah:
a) Buku sembahyang sunat
b) Tasbih
c) Spray Air (size kecil) – untuk ambil air wuduk
d) Tuala Kecil – untuk melapik jubah semasa air wuduk
d) Uncang Selipar – untuk simpan selipar
e) Kad Kesihatan – untuk kecemasan
f) Kad Pengenalan TH – untuk pengesahan diri sekiranya tersesat
g) Kad Address Hotel – sekiranya sesat tunjukkan alamat hotel
• Bilik Air Mina/Arafah
Bilik air terhad di Mina/Arafah, kena banyak bersabar semasa beratur untuk ke bilik air. Setiap kali hendak mandi, saya akan masukkan pakaian bersih ke dalam beg plastik, dan gantikan dengan pakaian kotor apabila selesai mandi. Mandi pun harus ala kadar kerana ramai lagi jemaah yang sedang beratur di luar.Paling kesian sekiranya salah seorang dari mereka hendak buang air kecil/air besar. Jadi perasaan timbangrasa mestilah ada.
• Tag Nama utk Baggasi
Tulis/type dengan terang (bold) di sekeping kertas A4 alamat hotel, No penerbangan, No. KT, No Bas dan No. Bilik (sekiranya tahu) di Mekah dan buat serupa juga di sebelah belakang utk alamat di di Madinah. Buat juga untuk alamat rumah di Msia utk digunakan digunakan semasa pulang nanti. Laminate kesemua. Yang beralamat rumah, boleh ditampal di kotak yang hendak di pos dari Mekah/Madinah ke Msia. Yang lebih boleh ditampal di beg-beg (yang mungkin akan ‘beranak’ di sana nanti) semasa balik ke Msia nanti. (Boleh didapati di Butik Fitrah Al Hajj)
Lain-lain peringatan;
jangan ambil/beli kain kelambu Kaabah
jangan ambil sijil dari orang Mekah dengan tujuan menukar nama asal ke nama lain selepas selesai haji
jangan ambil kerak nasi di Mekah/Arafah dengan tujuan buat tangkal penerang hati
jangan peluk tiang jin di Masjidil Haram
jangan ambil 7 biji batu di Arafah untuk dibawa balik
jangan tinggalkan separuh sebutan ayat syahadah di rumah (disebut oleh keluarga yang tidak pergi) dan separuh lagi disebut oleh bakal jemaah haji yang akan berangkat ke Mekah
jangan pakai/bawa tangkal/azimat
jangan suruh bomoh buat tolak bala dirumah (buat kenduri doa selamat sahaja)
MASJID NABAWI
RAUDHAH MASJID NABAWI
1. TIANG DUTA/UTUSAN:
Nabi Muhammad SAW menggunakan area di tempat ini untuk menemui para utusan yang datang. Beberapa Sahabat terkemuka duduk disekitar beliau selama pertemuan berlangsung.
2. TIANG PENGAWAL :
Menjadi tempat berdiri para pengawal Nabi SAW. Matori berkata, “Pintu rumah Aisyah RA berhadapan dengan tiang ini, dan Nabi Muhammad SAW melalui pintu ini menuju ke Masjid Nabawi.”
3. TIANG TEMPAT TIDUR RASULULLAH SAW:
Abdullah bin Umar RA bercerita, “Nabi Muhammad SAW menggunakan tempat ini sebagai tempat tidur beliau selama I’tikaf.
4. TIANG ABU LUBABAH:
Tertulis padanya. Seperti disebutkan dalam tafsir Ibnu Katsir, Nabi Muhammad SAW bermaksud untuk menghukum bani Quraizzah (sebuah suku Yahudi) atas pengkhianatannya kepada Nabi SAW. Abu Lubabah RA ditunjuk sebagai penengah.
Dia secara tidak sengaja membocorkan rahasia Nabi Muhammad SAW kepada suku Yahudi itu. Abu Lubabah segera menyadari kesalahannya dan mengikat dirinya sendiri pada tiang ini, hingga Allah SWT menerima taubatnya. Setelah tujuh hari, Nabi Muhammad SAW menerima wahyu mengenai diterimanya taubat Abu Lubabah dan melepaskan ikatanya dengan tangan beliau sendiri.
Al Qur’an, Surat Al Anfal, Ayat 27 – 28 diwahyukan untuk memberikan kepada kita sebuah pelajaran. Yakni mengkhianati kepercayaan adalah sebuah kesalahan yang sangat fatal bagi para Sahabat Nabi SAW, sehingga mereka melakukan tindakan yang luar biasa untuk memperbaiki kesalahannya.
5. TIANG AISYAH:
At Tabrani menyebutkan Aisyah RA meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Ada tempat yang sangat penting di dalam Masjid Nabawi yang mulia, sekiranya a seorang mengetahuinya, maka mereka akan mengadakan undian untuk mendapatkan kesempatan agar bisa shalat di sana”.
Pada suatu hari para Sahabat bertanya kepada Aisyah RA tentang tempat ini. Beliau menolak untuk memberitahukan tempat tersebut. Akhirnya para Sahabat pergi, sedangkan Aisyah RA masih bersama dengan keponakannya Abdullah bin Zubair RA.
Belakangan para Sahabat memperhatikan bahwa Abdullah bin Zubair RA melakukan shalat dekat dengan tiang Aisyah. Para Sahabat meyakini bahwa Aisyah RA memberitahukan tempat tersebut secara rahasia kepada keponakannya. Nabi Muhammad SAW pernah mengimami shalat dari titik ini selama beberapa hari setelah perubahan qiblat dari Masjid Al Aqsa ke Ka’bah di Makkah. Belakangan, beliau selalu mengimami shalat dari titik yang sekarang dikenal sebagai Mihrab Nabawi As Syarif.
6. TIANG MUKHALLAQAH:
Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadits Buhari, “Nabi Muhammad SAW bersandar pada sebatang pohon kurma (yang awalnya terletak pada tempat dimana tiang ini berada) ketika melakukan khutbah Jumat, kaum Ansar dengan hormat menawarkan pada Nabi SAW, kami dapat membuat sebuah mimbar untukmu, jika engkau menyetujuinya”.
Nabi Muhammad SAW menyetujuinya dan sebuah mimbar yang terdiri dari 3 anak tangga dibangun. Ketika Nabi Muhammad SAW duduk di atas mimbar ini untuk berkhutbah, para Sahabat mendengar batang pohon kurma itu menangis seperti anak kecil. Nabi Muhammad SAW mendekati pohon yang sedang menangis ini dan kemudian memeluknya.
Pohon ini lalu tenang setelah sebelumnya terisak-isak seperti onta betina. Pohon kurma tersebut menangis karena ia tidak digunakan lagi untuk mengingat Allah SWT. Sejak itu batang pohon tersebut diberi sejenis pewangi yang disebut Khaluq. Dan kemudian, tiang dimana pohon kurma itu dulu berada, dikenal dengan sebutan tiang Mukhallaqah.
7. MIHRAB NABAWI:
Tidak ada mihrab di dalam Masjid Nabawi selama periode pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan empat Khalifah yang pertama. Pada tahun 91 H, Umar bin Abdul Aziz pertama kali melakukan shalat di sini di dalam sebuah bentuk mihrab. Jika kita berdiri di dalam mihrab ini dan melakukan shalat, tempat sujud kita akan terletak di tempat dimana kaki Nabi Muhammad SAW berpijak. Dinding tebal mihrab ini menutupi tempat sujud Nabi Muhammad SAW yang sebenarnya.
8. MIHRAB USTMANI:
Khalifah Utsman RA mengimami shalat di tempat ini. Sekarang, Imam Masjid Nabawi juga mengimami shalat di sini. Umar bin Abdul Aziz kemudian membangun sebuah mihrab di sini.
9. MIHRAB HANAFI:
Sebelumnya Imam shalat dari empat Mazhab (Hanafi, Syafi’i, Maliki, dan Hambali) mengimami shalat di Masjid Nabawi secarah terpisah pada waktu yang sedikit berbeda dan tempat yang berbeda. Imam Hanafi mengimami shalat pada tempat ini. Namun kini, hanya satu shalat berjamaah yang diselanggarakan di Masjid Nabawi, yang dipimpin oleh Imam dari Mazhab Hambali. Hal ini berlaku sejak kekuasaan dipegang oleh Pemerintahan Saudi.
10. MIHRAB TAHAJUD:
Nabi Muhammad SAW melakukan shalat tahajjud di tempat ini.
11. MIMBAR RASULULLAH SAW:
Seperti disebutkan dalam hadits Bukhari Muslin dan diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda “Antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu taman dari taman-taman surga dan mimbarku akan berada di telaga Kautsar pada hari Kiamat”. Berbagai pemerintahan muslim mengirimkan mimbar untuk Masjid Nabawi dari waktu ke waktu. Mimbar yang ada sekarang, dikirim oleh Sultan Murad ke-3 dari Dinasti Usmani pada tahun 998 H.
12. TEMPAT MUAZZIN:
Tempat ini, berupa balkon segi empat, terletak di sebelah utara mimbar Nabi. Tempat ini selain sebagai tempat adzan juga sebagai tempat shalat muadzin dan untuk menguatkan suara takbir pada shalat lima waktu.
13. PANGGUNG DISEKITAR TEMPAT TAHAJJUD: (tidak ada keterangan – pent.)
14. PANGGUNG TEMPAT PETUGAS KEAMANAN:
Jika kita memasuki Masjid Nabawi dari BABUN Jibril, panggung ini akan berada di sebelah kanan. Dibangun oleh Sultan Nuruddin Zanki. Panggung ini sebenarnya bukanlah tempat dari Ahlu Suffah, seperti perkiraan banyak peziarah.
15. TEMPAT AHLU SUFFAH:
Suffah berarti tempat berteduh. Sahabat Nabi yang miskin dan tidak memiliki rumah, bertimpat tinggal di Suffah. Di sini mereka mendapat pendidikan tentang Islam dan mengamalkannya. Jika kita berjalan dari tiang Aisyah berlawanan dengan arah qiblat, Suffah berada setelah tiang ke-5.
Namun setelah Nabi Muhammad SAW memperluas Masjid pada tahun ketujuh Hijriah, Suffah dipindah sekitar sepuluh meter kea rah Timur, seperti yang tergambar pada denah Masjid Nabawi.
16. BABUN (PINTU) BAQI’:
Pintu ini berhadapan dengan BABUN Salam.
17. BABUN (PINTU) JIBRIL:
Terletak di bagian Timur, disebut juga BABUN Nabi, karena beliau selalu masuk melalui pintu ini. Adapun alasan penyebutan BABUN Jibril adalah sebuah riwayat dari Aisyah RA, “Ketika Nabi Muhammad SAW pulang dari Khandaq, dan meletakkan senjata kemudian mandi, Jibril AS mendatangi Beliau seraya berkata, ‘Engkau meletakkan senjatamu?, demi Allah kita belum (bisa) meletakkan senjata, pergilah menuju mereka’, Nabi Muhammad SAW berkata, ‘kemanakah?’, Jibril AS menjawab, ‘ke sini’, dia menunjuk Bani Quraizzah. Maka Nabi Muhammad SAW keluar menuju mereka.
18. BABUN (PINTU) NISA:
Pintu ini dibuka oleh Umar ibn Khattab tahun 12 H. Beliau mengatakan, “Alangkah baiknya kalau pintu ini dikhususkan untuk wanita”.
19. BIR (SUMUR) HA:
Jika kita memasuki Masjid dari bagian paling kiri dari BABUN Fahd, sumur ini berlokasi sekitar15 meter ke dalam Masjid dan ditandai dengan 3 lingkaran. Nabi Muhammad SAW terkadang mendatangi sumur ini dan meminum airnya. Sumur dan taman yang mengelilinginya dimiliki oleh Abu Talhah.
Ketika dia mendengar ayat 92 surat Ali Imran yang berbunyi: Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Abu Talhah RA segera mengimfakkan taman ini karena mengaharapkan Ridha Allah SWT. Inilah contoh bagaimana para Sahabat berekasi terhadap ayat-ayat al Qur’an dan secara spontan langsung mengerjakan perintah Allah dengan sungguh-sungguh dan sepenuh hati.
20. BABUN (PINTU) SALAM:
Umar ibn Khattab RA membuka pintu ini yang terletak di tembok Masjid bagian Barat, ketika dilakukan perbaikan Masjid tahun 12 H. Dinamakan BABUN as Salam karena letaknya sejajar dengan tempat penghormatan berupa salam kepada jasad Rasulullah SAW.
21. RUMAH ABU BAKAR RA:
Jika kita berjalan dari mimbar melalui BABUN Siddiq, rumah ini berlokasi setelah tiang ke-5 sejajar dengan BABUN Siddiq. Suatu hari Nabi Muhammad SAW bersabda, “Semua pintu rumah-rumah yang terbuka langsung ke dalam Masjid harus ditutup kecuali pintu rumah Abu Bakar”. Hal ini menimbulkan dugaan bahwa Abu Bakar RA akan menjadi khalifah pertama.
1. Makam Rasulullah Saw
2. Makam Abu Bakar as Shiddiq
3. Makam Umar ibn Khaththab
4. Tempat yang menurut suatu riwayat disediakan untuk Nabi Isa AS, ada 2 kemungkinan yaitu berada luruh dengan Rasulullah saw atau berada dibelakang Umar ibn. Khaththab
5. Tempat peristirahatan Siti Aisyah Ra.
6. Tempat kedatangan malaikat Jibril ketika menyampaikan wahyu kepada Rasulullah saw.
7. Dinding kamar Siti Aisyah, yang dibengun sendiri oleh Rasulullah saw, hingga saat ine tembok tersebut masih berdiri kokoh
8. Dinding makam berbentuk segilima, yang dibangun oleh Umar ibn Abd Aziz, agar makam Rasulullah saw tidak menyerupai ka’bah dan terlalu dikultuskan oleh umat Islam.
9. Dinding segi lima lapis kedua yang dibangun oleh sultan Qait bay dari Mesir
10. Tiang-tiang yang memperkuat dinding segi lima lapis kedua
11. Bagian dari Raudhah yang terdapat dibagian dalam tembok kamar makam.
12. Bagian dari Raudhah yang terdapat diluar kamar makam, (nomor 12 tidak terdapat pada detail gambar, area ini adalah tempat yang biasanya dijadikan rebutan oleh ummat Islam)
13. Area dengan nomor 13 adalah bukan bagian dari Raudhah.
14. Kediaman siti Fathimah ra.
15. Mihrab didalam kediaman siti Fathimah, yang dibangun oleh sultan Qait bay
16. Mihrab tempat tempat Rasulullah seringkali bertahajud seorang diri
17. Tempat Rasulullah shalat tahajjud berjamaah bersama ahl suffah, tempat ini berada dibelakang kediaman st Fathimah
18. Lubang besar terletak dibagian depan, lubang ini lurus searah dengan makam Rasulullah saw
19. Lubang kecil terletak dibagian depan searah dengan makam Abu Bakar ra
20. Lubang kecil dibagian depan searah dengan makam Umar Ibn Khaththab ra
21. Tempat beberapa batu sisa-sisa kediaman Rasulullah saw, yang kemudian dibuang pada masa Khalifah Al Walid ibn Abd. Malik
22. Usthuwanah al Sarir, tempat Rasulullah saw beristirahat ketikaterlalu capai beribadah
23. Usthuwanah al Wufud, tempatRasulullah seringkali menerima tamu-tamu penting
24. Usthuwanah al Hirs, tempat para shahabat bersiaga menjaga Rasulullah saw, seringkali Ali ibn Abi Thalib bersiaga ditempat tersebut
25. BABUN Al Taubah, pintu masuk makam dibagian depan
26. BABUN Aisyah, pintu masuk makam dibagian samping dari arah Raudhah
27. Lubang kisi-kisi yang lurus searah dengan kepala Rasulullah saw yang mulia.
28. Lubang kisi-kisi yang lurus searah dengan kaki Rasulullah saw yang mulia
29. Beberapa pintu masuk menuju makam Rasulullah saw
30. Lingkaran kubah kecil yang berada tepat diatas makam Rasulullah saw
31. Lingkaran kubah lapis kedua, yang disebut kubah al zarqa’
32. Lingkaran kubah lapis ketiga, atau kubah al khadra’ (kubah hijau) yang terlihat dari bagian luar makam.
33. Bagian dari kamar makam (tertulis dengan nomor 32)
34. Panggung setinggi kurang lebih 30 cm, tempat para ahl suffah berjamaahshalat tahajud bersama Rasulullah saw
35. Panggung setinggi kurang lebih 60 cm, tempat ahl suffah biasa berkumpul
36. Usthuwanah al taubah
37. Usthuwanah A’isyah
38. Mihrab tempat shalat Rasulullah saw
39. Usthuwanah al Mukhallaqah
40. Minbar Rasulullah saw
41. Panggung tempat adzan
AMALAN-AMALAN KHUSUS KOTA MADINAH
Di samping memberikan berbagai keistimewaan kepada kota Madinah, Allâh Azza wa Jalla juga mensyariatkan berbagai amalan khusus di kota Madinah. Alangkah baiknya jika penduduk dan peziarah kota Madinah bisa menambah bekal akhirat dan mengisi waktu mereka dengan amalan-amalan ini. Amalan-amalan tersebut adalah sebagai berikut:
1. Solat di Masjid Nabawi
Shalat di Masjid Nabawi memiliki keutamaan yang besar sebagaimana dijelaskan oleh Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabda Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
صَلاَةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ، إِلَّا المَسْجِدَ الحَرَام
Satu shalat di masjid saya ini lebih baik daripada seribu shalat ditempat lain, kecuali Masjidil Haram. [HR. Al-Bukhâri no. 1190 dan Muslim no. 1394]
Ini adalah anugerah yang sangat besar dari Allâh Azza wa Jalla , di mana satu shalat fardhu di Masjid Nabawi lebih baik daripada shalat fardhu seorang Muslim di masjid kampungnya selama dua ratus hari.[1]
Keutamaan ini mencakup shalat fardhu dan sunnah, dilakukan di Masjid Nabawi yang lama maupun bagian perluasannya, dan umum mencakup pria maupun wanita.
2. Beribadah di Raudhah
Raudhah secara bahasa adalah taman. Di Masjid Nabawi ada sebuah tempat yang disebut sebagai salah satu taman surga. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ
Tempat yang terletak diantara rumah saya dan mimbar saya adalah salah satu di antara taman-taman surga [HR. al-Bukhari no. 1195 dan Muslim no. 1390]
Dalam riwayat Thabrani di al-Mu’jam al-Ausath no. 3112, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan bahwa yang rumah yang dimaksud adalah rumah Aisyah Radhiyallahu anhuma, yakni rumah tempat Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat dan sekarang menjadi tempat kubur Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam . Riwayat ini menjelaskan rumah yang di maksud, karena Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam memiliki beberapa rumah di sekitar Masjid Nabawi dan masing-masing ditinggali oleh para isteri Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam .
Ibnu Hajar rahimahullah menyebutkan tiga penafsiran untuk hadits ini,[2] yaitu:
a. Tempat ini seperti taman surga, dalam ketenangan dan kedamaian yang didapati orang yang memasukinya.
b. Beribadah di tempat ini akan membuat pelakunya masuk surga.
c. Tempat ini akan dipindah ke surga dan menjadi salah satu tamannya di akhirat kelak.
Raudhah adalah tempat yang paling mulia di Masjid Nabawi, karenanya disyariatkan untuk memperbanyak ibadah sunnah seperti shalat, dzikir dan membaca al-Qur`an, dengan syarat bisa khusyu’ dan tidak menyakiti orang lain saat berada disana maupun saat menuju kesana. Adapun untuk shalat wajib, shaf-shaf yang ada di depan Raudhah lebih utama.
3. Berjihad Di Masjid Nabawi.
Sebuah amalan ringan di Masjid Nabawi terhitung sebagai jihad di jalan Allâh Azza wa Jalla . Hanya dengan niat belajar atau mengajar saat melangkahkan kaki menuju Masjid Nabawi, itu laksana berjihad di jalan Allâh Azza wa Jalla . Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ جَاءَ مَسْجِدِي هَذَا، لَمْ يَأْتِهِ إِلاَّ لِخَيْرٍ يَتَعَلَّمُهُ أَوْ يُعَلِّمُهُ، فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ الْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ. وَمَنْ جَاءَ لِغَيْرِ ذَلِكَ، فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ الرَّجُلِ يَنْظُرُ إِلَى مَتَاعِ غَيْرِهِ
Barangsiapa mendatangi masjidku ini, ia tidak dating kecuali untuk kebaikan yang ingin dia pelajari atau diaajarkan, maka kedudukannya seperti mujahid di jalan Allâh. Dan barangsiapa dating untuk selain itu, maka ia laksana orang yang hanya memandang barang orang lain. [HR. Ibnu Majah no. 227, dihukumi shahih oleh al-Albani]
Memandang barang orang lain maksudnya adalah ia seperti orang yang masuk ke pasar, tapi tidak menjual atau membeli, dan hanya memandang barang orang lain sehingga tidak mendapatkan apa-apa.
Hadits ini juga menunjukkan bahwa Masjid Nabawi adalah sûq al-‘ilmi (pasar ilmu), dan selayaknya bagi orang yang masuk ke dalamnya untuk berdagang ilmu, baik dengan menuntut ilmu atau mengajarkannya.
Jika anda paham bahasa Arab, anda bisa belajar langsung kepada para Ulama di Masjid Nabawi. Jika tidak, anda bisa membawa kitab untuk dibaca, berdiskusi atau membaca al-Quran dan terjemahnya. Atau menghadiri pengajian berbahasa Indonesia di sana. Yang penting setiap langkah anda dari rumah atau penginapan menuju Masjid Nabawi tidak lepas dari niat mempelajari kebaikan atau mengajarkannya, agar pahala jihad tidak luput dari anda.
4. Ziarah Kubur Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam
Orang yang tinggal di Madinah atau mengunjunginya disunnahkan untuk berziarah ke kubur Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Namun mereka perlu memperhatikan pesan Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam berikut ini:
لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا، وَلَا تَجْعَلُوا قَبْرِي عِيدًا، وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ تَبْلُغُنِي حَيْثُ كُنْتُمْ
Jangan jadikan rumah kalian seperti kuburan, jangan jadikan kubur saya sebagai ‘ied, dan bershalawatlah untuk saya, karena shalawat kalian sampai kepada saya darimanapun kalian bershalawat. [HR. Abu Dawud no. 2042, dihukumi shahih oleh al-Albani]
Menjadikan kuburan sebagai ‘îd adalah dengan mengunjunginya secara terus-menerus, misalnya setiap sore, setiap pekan, setiap bulan dan seterusnya. Atau menziarahinya seolah-olah kita mengadakan perayaan. Maksud utama ziarah kubur Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah untuk mengucapkan salam dan shalawat. Ketika Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang umat Islam untuk terus berziarah, Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menunjukkan penggantinya, yaitu mengucapkan shalawat di manapun mereka berada, tanpa harus datang kekubur beliau.
Disyariatkan pula untuk mengunjungi kuburan Baqi’ al-Gharqad yang berisi sekitar sepuluh ribu Shahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga kuburan para syuhada dalam Perang Uhud.[3]
5. Shalat Di Masjid Quba`
Umrah adalah salah satu ibadah yang agung. Bagi penduduk Madinah, ibadah umrah cukup mudah dilakukan. Namun meski hanya berjarak 425 km dari Makkah, ibadah ini cukup menyita waktu dan tenaga. Dengan kebijaksanaan dan kemurahan-Nya, Allâh membuka untuk mereka pintu pahala umrah dengan amalan yang lebih mudah. Hal tersebut tertuang dalam sabda Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam berikut:
مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءَ، فَصَلَّى فِيهِ صَلَاةً، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ
Barangsiapa bersuci di rumahnya, lalu mendatangi Masjid Quba` dan shalat di sana satu shalat, ia mendapatkan pahala seperti pahala umrah. [HR. Ibnu Majah no. 1.412, dihukumi shahih oleh al-Albani]
Bahkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjalankan sunnah ini setiap pecan, sebagaimana disebutkan dalam hadits berikut:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ، مَاشِيًا وَرَاكِبًا
Dari Ibnu Umar Radhiyallahu a nhu beliau berkata, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendatangi Masjid Quba` setiap hari Sabtu dengan berjalan kaki dan berkendara.” [HR. al-Bukhari no. 1.193 dan Muslim no. 1399]
6. Sabar Akan Rasa Lapar Dan kerasnya Madinah
Kota Madinah menawarkan cuaca yang keras. Di musim panas, cuacanya sangat panas, dan begitu sebaliknya di musim dingin. Di masa lalu juga menawarkan rasa lapar. Namun bagi yang mau bersabar, keutamaan yang besar telah menanti mereka. Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لَا يَصْبِرُ عَلَى لَأْوَاءِ الْمَدِينَةِ وَشِدَّتِهَا أَحَدٌ مِنْ أُمَّتِي، إِلَّا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَوْ شَهِيدًا
Tidaklah seorang di antara umat saya bersabar akan rasa lapar dan kerasnya Madinah, melainkan saya akan menjadi pemberi syafa’at atau saksi baginya pada hari kiamat.” [HR. Muslim no. 1378]
Meski memiliki segudang keistimewaan, tanah Madinah seperti tanah yang lain tidak bisa mensucikan penghuninya, sebagaimana dikatakan oleh Salman al-Farisi Radhiyallahu anhu :
إِنَّ الْأَرْضَ لَا تُقَدِّسُ أَحَدًا, وَإِنَّمَا يُقَدِّسُ الْإِنْسَانَ عَمَلُهُ
Sungguh tanah tidak mensucikan orang, yang mensucikannya hanyalah amalannya [HR Malik di al-Muwaththa` no. 2842, al-Albani berdalil dengannya di beberapa karya beliau].
Karena itu, hendaknya para penghuni dan peziarah Madinah memperhatikan amalan-amalan yang disyariatkan, baik yang khusus kota Madinah maupun amalan lain secara umum.
Antara adab dan cara menziarahi Masjid Nabawi di Madinah
1. Selalulah berselawat sepanjang masa perjalanan dan semasa berada di sana. Selalulah mengingati akan kemuliaan bumi Madinah.
2. Apabila tiba di Madinah, uruskan dahulu keselamatan barang yang dibawa dan kesempurnaan tempat tinggal.
3. Mandi dan bersihkan diri sebelum pergi ke masjid. Pakailah bau-bauan pada pakaian yang bersih.
4. Masuklah ke dalam Masjid Nabawi sebaiknya melalui pintu Bab as-Salam (bagi kaum lelaki), dengan mendahului kaki kanan dan bacalah doa memasuki masjid. Sekiranya tidak bertembung dengan solat waktu, dirikanlah solat sunat tahiyattul masjid dua rakaat sebaiknya dalam kawasan Raudah (tempat di antara tiang-tiang berwarna putih yang terletak di antara mimbar nabi dengan rumahnya (kini menjadi kawasan tempat letak makamnya). Kalau tidak boleh solat dalam kawasan Raudah, memadailah dilakukan di mana sahaja dalam Masjid Nabawi.
5. Niatlah beriktikaf semasa di dalam masjid dan utamakan solat fardu jika sudah masuk waktu solat.
6. Ziarahilah makam Rasullah s.a.w. dan kedua sahabat baginda. Selawat dan salam kepada baginda semasa berdiri dengan penuh hormat, khusyuk, dan kosongkan fikiran daripada perkara lain. Berikan salam kepada kedua sahabat baginda. Sekiranya sebelum pulang ke tempat menginap, kita ingin berdoa, berpalinglah ke belakang (ke arah qiblat) untuk berdoa kepada Allah SWT bukan mengadap kepada Rasulullah s.a.w.
7. Manakala hendak meninggalkan Madinah kerana hendak pulang ke tanah air atau hendak ke Makkah, ziarahi makam baginda untuk ziarah wada’ (selamat tinggal). Pergilah ke masjid Rasulallah s.a.w. solat sunat, berdoa, pergilah ke makam Rasulallah s.a.w. (kalau boleh), beri salam dan akhirnya mengadap qiblat dan berdoa. Kemudian pohonlah syafaat nabi kepada Allah SWT.
(Nota : Bagi wanita yang datang haid atau nifas, untuk melakukan ziarah wada’ adalah memadai dengan mengucapkan salam dan berdoa dari tempat yang berhampiran makam Rasulallah s.a.w. di luar Masjid Nabawi.
AMALAN YANG DIGALAKKAN SEMASA DI MEKAH
Sesiapa yang berkesempatan berada di Mekah untuk mengerjakan haji atau umrah hendaklah menghabiskan masa atau menumpukan sepenuh perhatiannya, masa dan tenaganya, untuk mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah yang sunat mahupun yang wajib. Antara yang utama diberi tumpuan adalah perlakuan berikut:
(1) Mengerjakan solat fardu berjemaah (jika boleh ketika bersolat, kelihatan Ka’bah di depan kita);
(2) Mengerjakan solat-solat sunat seperti Solat Duha (dua-dua rakaat satu salam, sekurang-kurangnya 8 rakaat dan maksimumnya 12 rakaat sehari), Solat Taubat, Solat Istiharah dan sebagainya pada siang hari dan Solat Tahajjud pada malam hari, Solat Tasbih,boleh malam atau siang Solat Istiharah, Solat Hajat pada bila-bila masa;
(3) Membaca al-Quran;
(4) Berzikir dan berwirid (jika boleh 1,000 kali sehari setiap satu);
(5) Beristighfar (seboleh-bolehnya sebanyak yang mungkin);
(6) Berdoa (untuk diri sendiri dan untuk orang lain);
(7) Mengerjakan Tawaf Sunat (tujuh keliling dan disudahi dengan solat sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim);
(8) Menghabiskan masa di Masjidil Haram (tapi jangan tidur dalam masjid).
Ingatlah bahawa setiap amalan mendapat ganjaran pahala yang digandakan antara 10 hingga 700 gandaan pahala. Jika di lakukan di Masjid al-Haram digandakan pula 100,000 gandaan. Solat di Masjid Nabawi (i.e. Masjid Nabi)) dan membuat apa jua amalan di Masjid Nabawi dapat gandaan pahala 1,000 gandaan berbanding dengan amalan yang sama di masjid-masjid lain. Semasa di Masjid Nabawi jangan lupa menziarahi makam Rasulallah (s.a.w) dengan mengucapkan salam kepadanya dan berselawat padanya.
[Nota: Solat Dhuha itu sekurang-kurangnya empat rakaat satu salam dan dibuat dua-dua rakaat (yakni, 6 solat (i.e. 12 rakaat) maksimumnya. Pada setiap rakaat solat dibaca al-Fatihah dan satu surah. Ingat: semua solat sunat tidak ada Tahiyat Awal. Solat Istiharah adalah untuk mendapat petunjuk atau ilham dari Allah (a.w) sama ada sesuatu keinginan atau hasrat kita itu elok atau tidak bagi kita. Solat Tahajjud dibuat malam hari selepas tidur dan bangu dua dua rakaat satu salam. Setiap rakaat dibaca al-Fatihah dan surah.Solat Tasbih empat rakaat, walaupun minima dibuat sekali seumur hidup, ketika di Mekah eloklah buat setiap malam atau siang (sekali sehari sahaja). Mengerjakan Solat Hajat dan Solat Taubah sebanyak yang dikehendaki. Hendaklah berdoa untuk kebaikan dan bukan untuk bencana diri atau orang lain.Jika dapat disempurnakan Tawaf Sunat sebanyak 50 kali mendapat ganjaran pahala seumpama mengerjakan haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w). Disebutkan dalam al-Quran supaya orang Islam yang beriman itu hendaklah berselawat dan mengucapkan salam kepadanya. Dan setiap sekali berselawat pada Rasulallah (s.a.w), Allah (a.w) mengucapkan selawat dan salam kepada kita 10 kali. Sesiapa yang menziarahi makam Nabi (s.a.w), ketika di Madinah, seolah-olah menziarahinya ketika beliau hidup dan diakhirat kelak mendapat syafaat Nabi (s.a.w).]
Saudara, selain amalan dan ibadah sunat di atas itu, kita juga digalakkan mengerjakan ibadah-ibdah lain.
Allah (a.w) menurunkan kerahmatanNya kepada sesiapa yang sentiasa berada di dalam Masjidil Haram pada siang harinya dan pada malamnya. Sebanyak 60 rahmat kepada orang yang Tawaf, 40 kerahmatan kepada orang yang bersolat, dan 20 kerahmatan kepada orang yang melihat Ka’bah sambil berdoa (i.e. membaca doanya). Orang yang berkesempatan melakukan Tawaf, bersolat dan melihat Ka’bah siang dan malam mendapat 240 kerahmatan – 120 malam hari dan 120 siang hari.
Biasanya agensi yang membawa jema’ah haji atau umrah akan mengaturkan lawatan tempat-tempat bersejarah di Madinah. Antara tempat yang dilawat itu adalah Masjid Quba. Ketika berada di Masjid Quba, disunatkan bersolat sunat dua rakaat. Setiap solat sunat dalam Masjid Qubah beroleh ganjaran pahala seumpama mengerjakan satu umrah. Apabila selesai setiap Tawaf hendaklah solat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim dan bacalah doa yang pasti dikabulkan Allah (a.w), iaitu doa Nabi Adam (a.s) dan/Doa Nabi (Ibrahim (a.s) dan ditambah pula dengan lain-lain doa mengikut kehendak hati kita. Satu set Tawaf sempurna itu adalah mengelilingi Ka’bah 7 pusingan dan bersolat dunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim dan berdoa. [Nota: Masjid Quba adalah masjid yang pertama didirikan oleh Rasulallah (s.a.w) ketika berhijrah ke Madinah]
SEBENARNYA AMALAN YANG PALING AFDHAL SEMASA DI TANAH HARAM IALAH MEMPERBANYAKKAN
TAWAF SUNAT
Perbanyakkan masa berada di Masjidil Haram. Jika hotel penginapan kita terletak agak jauh (lebih 150 meter dari masjid mungkin boleh di anggap jauh, kerana masa untuk berjalan kaki akan mengambil masa antara 10 – 20 minit, bergantung kepada jarak), tidak perlulah untuk berulang alik dari Masjid ke hotel setiap kali selepas waktu solat. Manfaatkan masa yang ada untuk tawaf sunat, sembahyang, membaca quran atau sekadar melihat kaabah. Semuanya akan mendapat pahala yang berganda-ganda dari Allah SWT.
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: “Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan.” – (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan
“Melihat Ka’abah”. (Riwayat Abu Daud).
Apa yang boleh dipraktiskan ialah, bangun seawal jam 2.30 pagi, dan bersiap-siap untuk ke Masjid. Pada pukul 3 pagi, bolehlah berjalan santai ke masjid, sambil ditiup dingin angin pagi yg menyegarkan. Tiba di masjid, pilihlah tempat yang sesuai dan jika ada, tempat yang paling dekat dengan Kaabah, di dataran. Sunat untuk tawaf dahulu 7 pusingan, sebelum meneruskan dengan aktiviti-aktiviti sunat yang lain seperti solat tahajjud, solat taubat, solat tasbih, solat hajat dll. Boleh juga membaca Al-Quran sementara menunggu masuk waktu solat subuh.
Selesai solat subuh, boleh lah bertawaf sunat sekali lagi, sementara menunggu masuk waktu dhuha, ataupun boleh sahaja pulang ke hotel terlebih dahulu untuk sarapan pagi, dan menyegarkan badan dengan mandi dll. Boleh juga berehat seketika atau tidur 1-2 jam sebelum bangun semula untuk ke masjid. Usahakan untuk tiba di masjid seawal 11 – 11.30 pagi (sejam sebelum zohor, 12.30 tgh hari) dan terus ke dataran kaabah. Bermula dari sinilah, kita boleh manfaatkan masa yang ada untuk berada di Masjidil Haram sebanyak mungkin; dan hanya pulang ke hotel selepas waktu Isyak. Makanan boleh sahaja di beli di gerai-gerai menjual makanan yang banyak terdapat di sekeliling perkarangan Masjid. Ianya lebih mudah, dan menjimatkan masa dari balik ke hotel yang perjalanan pergi dan balik nya sahaja memakan masa hampir 40 minit. Makan malam biasanya dihidangkan selepas Isyak di hotel. Kami biasanya makan malam di hotel dan tidak melengahkan untuk tidur selepasnya untuk memastikan badan cukup rehat dan mampu untuk bangun awal pagi, keesokan harinya. Begitulah rutin yang dapat kami kongsikan bersama. Namun, rutin ini mungkin tidak relevan untuk jemaah yang tinggal di hotel yang berdekatan dengan Masjid seperti Hilton dll yang mana, jarak untuk ke masjid hanya 3 minit sahaja. Tetapi konsep nya tetap sama, iaitu kurang kan masa di hotel, dan lebihkan masa di Masjid. Insya Allah, sama-samalah kita berusaha untuk mencari redha Allah SWT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
IBADAH UMRAH : PRE INFORMATION
PANDUAN UMRAH SYARAT WAJIB SAH HAJI/ UMRAH Haji diwajibkan sekali sahaja seumur hidup, apabila memenuhi syarat: • Islam • Baligh dan beraka...
No comments:
Post a Comment